<
Aku tanpa cintaMu bagai layang-layang putus tali: Aku tanpa cintaMu tiada erti hidup ini Aku tanpa cintaMu merana diri merindui
"Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Dia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya, yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani. Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah, berhak menerima imbalannya."As-Syahid Hassan Al-Banna"



Wednesday, May 27, 2009
HAKCIPTA

Saya telah mendapati beberapa tulisan saya di blog-blog saya telah diciplak. Jesteru saya ingin memaklumkan. Saya, Sumayyah Abdul Aziz telah lama tidak ke sini dan berpindah ke raudhatul.blogspot, kemudian, ilmi.blogsome.com, alqasam.blogsome.com juga kemudiannya sekarang di alqasam.hadithuna.com Dalam masa seminggun, laman ini akan didelate. Terima kasih.

Posted at 01:58 pm by nailofar
Make a comment  

Monday, February 13, 2006
Blog ana


Posted at 09:14 pm by nailofar
Make a comment  

Saturday, January 14, 2006
Tanpa tajuk

 

Salamunalyiek...

Bismillahirarahmanirrohim...Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, tabie-tabien yang mengikuti jalan-jalan Nabi hingga ke akhirnya

Allahukabar, it has been a long time I didnt write properly here,..kesuntukan masa rasanya...
well, back then,, last month,, masqhul jiddan...Rasanya semester ini adalah semestar menggempur tenaga...last semester dan sedang mencari-cari tajuk yg sesuai utk thesis..

Bulan 12 yg lepas..

start new semestar..
program Musleh
pogram Nisa' wilayah..
3 walimah of my beloved ukht...(BarakAllahulak wa BarakAllahu Alaik Wajam'A bainakuma Bilkahir) ^_^
ke Kl beberapa kali just ke Low Yat for important purpose..

Alhamdulillah ana owed a lot to my sahabah..I have found several nice muslimah; a really great sisters indeed. I owed a lot to them. They are really3x great muslimah...

Sis. Raihanah: Classmate ana yg baru strat new sem here, dr Al-Azhar juga..dr Singapura..kami akan berbincang pasal segala benda..kerinduaan pd Al-Azhar yg sama..


Sis Ikin: I adored her a lot..MasyAllah,,,semasa ana memerlukan kekuatan yang amat2 sangat, dia dtg memberi semngat, menjadikan matlamat Redha Allah, dan berani melakukan amar-ma'ruf dan Nahi munkar..hanya mendengar cerita bagaimana dia menegur adik bilik yang tidak solat dengan carad an uslub dakwah yang cantik sekali. Yang amat tidak mungkin akan dilakaukan oleh mereka-mereka yang kurang berani. But yet, dia sangat berani. Di belikan telekung, diberi kata-kata. dikejutkan waktu Subuh wlau dimarahi...segalanya penuh tadarruj atau berperingkat..Katanya.." Kalau kita mencari Redha Allah, kita akan mendapat kedua-duanya sekali, Redha Allah dan Manusia, tapi andai kita mencari Redha manusia dengan marahnya Allah, kita takkan mendapat kedua-duanya sekali..." Allahukabar!!...membuatkan ana beranikan diri which to pleased Allah, insyallah..biarlah dengan cara yang baik dengan hati yg ikhlas...setelah sekian lama memendam rasa, takkan nak menangis je melihat suasana di sini...iman perlu direcharge selalu..

kalau sekali, tak berubah juga, biarlah dulu, berikan masa, then dua..dua dan sentiasa jalinkan kemesraan dengan sahabat-sahabat..As a mu'min, kita kena jadi qudwah that will reflect our Izaah dengan tarbiyah Islam..kalau kita sendiri tak beri contoh yg terbaik buat Ummah, kita akan jadi fitnah pada jalan dakwah ini.. I have heard a lot, that will be enough for me to chosse my way. But, muamalah dlm Islam tak pernah menyempitkan keadaan, sederhana namun menyenangkan semua, bukan menyempitkan 'mindset' tapi kita menggunakan pertimbangan akal dan iman membuat segala tindakan..

Mu'min pasti takkan jatuh ke ruang yg sama buat dua kali...

Di Uia, segalanya perlu tindakan, tidak guna kurang senang dengan biah di sini, andai tak buat apa-apa...tak mungkin kita memendam rasa melihat aduhai, ummat2 manusia tidak menjaga batas-batas syarak..ilmu? tanpa amal? Wallhu'lam..Inilah realiti ummah..Sebab itu, segala gerakan dakwah perlu bersatu dia tas apa yang disetujui dan stay close with society...



Me;audit; kelas atau 'menjadi mustamieh'..mendegar tanpa ada apa2 markah " Belief and Ideologies" dgn Dr. Mumtaz....tapi MasyAllah I have run away last week..(*_^)..when i discovered semuanya brothers..(shock !!)...in the one meeting room Ana have been the only sister..tapi minggu ni, i push myself, masuk juga ke kelas yang dipenuhi dengan pemikir pemikir Islam yang hebat2..Ana hanya mendengar...they all seems so smart and intelligent...and im alone..;)..tapi Insyallah ana akan bersuara jugaf for the next class, dah ajak beberapa sister utk teman...k.imun yg rajin menjadi 'mustamie' I will..pull my strenght...Insyallah..Sebenarnya,
audit kelas ni sebab nakk belajar dengan Dr. Mumtaz yang jelas fikrah nya yang kritikal hujahnya, yang membuka minda yang ingin bngunkan ummah..


finally, Selamat Hari Raya Idul Adha..Kullu Sanah Wa Nahnu IlAllahi Aqrabu...Amin.

Kita di beri akal untuk berfikir,,menggunakan neraca iman utk membuat keputusan..dosa adalah yg menggetarkan hati...

"Ana Fi Zhonnii Abdi Bi" Hadith Qudsi

" Aku berada pada sangkaan hambaKu " al-hadith


p/s- There are so many sister whom i owed a lot,,,whom I love so mush..the unspoken name..



Posted at 04:56 pm by nailofar
 

Friday, December 23, 2005
Dia yang saya kenali.

Teman 1

Kisah yang ingin saya ceritakan ini, bukan kisah cereka, bukan juga kisah rekaan, ianya kisah benar. Ya, benar-benar terjadi dalam hidup saya. Saya mengenalinya lewat Ramadhan yang lepas, usai kelas bersama seorang Ustaz. Dia yang saya kenali pada perkenalan pertama,  bicaranya  hanya saya cicipi dengan perasaan endah tidak endah. Bagai malas melayan kenalan yang baru itu. Dialah. Dialah yang memberi saya satu nafas baru di kampus ini. Kami hanya berbasa basi bersembang. Sambil mengatur langkah pulang ke asrama. Namun jauh di dasar hati, saya mengatakan dia akan menjadi antara sahabat yang akrab di dalam hidup saya suatu hari nanti. Entah mengapa kuat benar naluri saya.

 Dia adalah siswi biasa-biasa sahaja. Pada pandangan zahir, seorang yg sederhana namun menyenangkan. Kami mula saling akrab apabila iftar dan solat terawih bersama. Ya! Mungkin ianya umpama cerita biasa, Namun, bukan biasa bagi saya. Ketika berbual-bual sambil menunggu waktu berbuka, kami bertukar pandangan. Lantas bagai mengalir satu perasan yang halus tika bertukar pandagan. Dia muslimah bekas siswi Kejuruteraan. Namun, atas desak hati, menukar kuliah ke ilmu wahyu. Bukan itu kisah utamanya. Namun bagaimana cintanya beliau pada ilmu. Pesonanya memukau! Ilmunya membuat saya tersentak dari tidur saya yang panjang di kampus ini. Saya tahu setelah sekian lama berada di kampus ini, ana terasa amat kekosongan jiwa dan ilmu. Bukan senang melupakan segala keindahan mengutip ilmu di bumi anbiya; itu. Dia; memang cintakan ilmu. Rajin membaca amat klise dengan tabiat wanita yang lain. Gemar membaca buku ilmiah dan mampu mengeluarkan hujah-hujah dan mengingati fakta-fakta dengan baik.

 Dia yang saya kenali, rajin membantu, malah tanpa teragak-agak ringan menemani saya dengan kereta kancilnya ke Kuala Lumpur; Plaza Low Yat mencari barang yang tertinggal beberapa hari yang lepas. Dia yang menemani saya dengan sabar walau tersesat  bebarapa jam di tengah-tengah bandaraya itu. Bersama-sama makan di kampung baru. Dan tanpa teragak-agak menghulurkan 10.00 ketika peminta sedekah meminta ehsan di meja kami. Tanpa saya sedar. " mengapa awak bagi banyak sangat, takut mereka itu menipu.  Nanti seolah-olah kita menggalakkan pula." Saya menegurnya, tidak puas hati." Saya ada duit kecil." Katanya..biarlah pahalanya tetap berjalan walau mereka menipu..sambil membaca  potongan ayat Al-Quran berkenaan sedekah. Saya kagum metah. Dia memang tidak pandai marah. Malamnya, apabila saya mengadu sukar konsentarsi apabila membaca sendirian di bilik, beliau menemani saya membaca. Walau sama-sama letai benar,dan saya yang sebenarnya bukan membaca melainkan terhangguk-hangguk keletihan. Aduhai sahabat.

 Dia yang saya kasihi, berbicara melalui pengalaman. Walau kami sedikit berbeza pandangan, namun kami bersatu dalam perasaan, dan berkongsi satu intuisi dan pandangan utama yg sama. Terdapat sata kata-katanya yang amat saya kagumi." Wanita walau dikatakan sesolehah manapun, sesiqah mana pun, sebaik mana pun, sezuhud mana pun bukanlah wanita solehah penenang hati, sakinah yang dijanjikan Allah dalam Al-Quran selagi mana bergelar 'awek' pd lelaki dan belum berkahwin dengan lelaki tersebut".Setuju amat saya. Mana mungkin kita mengatakan sudah bertemu teman hati; soulmate, pembakar semangat perjuangan andai akad tidak lagi termetri.Sambung beliau lagi " Perempuan selagi mana belum memetrai akad, hanya akan bawa masalah pada lelaki". Lantas ketawa kami berderai bersama-sama. Lucu rasanya apabila beliau menceritakan hujahnya dengan seorang adik yang beliau kenali dengan gayanya yang menghiburkan. Dia berbicara natijah pengalaman. Saya setuju benar.

 Suatu waktu dahulu katanya, beliau gadis kota KL yang moden, ghairah membeli barang berjenama, dan  suka bershopping di bandaraya. Bermain bowling, ski, dan lain-lain menjadi perkara biasa. Muzik non-Islamic halwa telinga. CLEO adalah kegemaraannya tiap bulan. Namun, tika hidayah Allah mengusik tirai jiwanya, bergemalah sinar taufiq yang menenangkan hati dan rasa. Jadilah beliau seperti sekarang. Pecinta ilmu Abid-Rahman yang unggul. Bukanlah bermakna salah kita bersukan indoor, namun hatinya sudah tiada lagi syuur untuk perkara-perkara itu. Titik.

 Banyak benar perkara yang saya belajar darinya, beliau mengetahui web-web ulama' muta'khirin, malah menghafal nama kitab2 tafsir2 salafiyyun dan mutaqqaddimun walau baru benar di dalam bidang ilmu agama ini. Isinya berhikmah dan berisi. Cinta pada Rasulullah dan sahabat-sahabat juga ulama'2 salaf dan idolanya Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

 Beliau sering mengadu pada saya. "  saya rindukan sangat nak pergi ke Makkah dan Madinah, saya sering berdoa untuk ke sana bukan sekadar ziarah malah menetap di sana. Bulan Ramadhan lepas, hati saya meruntun-runtun ingin ke Mekah. Mengalir-ngalir air mata sya" Beliau pasti akan bercerita penuh perasaan. Kami berkongsi kerinduaan yang sama. Namun, mungkin beliau lebih lagi, Jiwa kami ibarat satu dalam dua. Berbeza namun mencinta the " ultimate". Dia menyatakan cintanya dan rindunya pada Rasulullah dan Makkah bukan omongan. Bukan disertakan dengan larangan-larangan- hipokrisi cinta Rasul. Namun tulus jiwa dan taat padaNya natijah. Seperti saya yang ingin amat ke sana, beliau lebih lagi. Kami berkongsi air mata. Dia yang saya kenali..

 Itulah dia yang saya kenali, penghibur dan peneman saya di sini. Penegur dan sahabat buat saya. Dialah yang saya cintai kerana Allah. Mu'minah pencinta ilmu akhir zaman. Dia yang saya kasihi. Titipan saya ini tidak memadai menggambarkan kelapangan jiwa saya mengenali dia. Pasti tidak akan memadai. Saya pasti benar itu.

Nailofar.

Makatabah

6.19 p.m

 



Posted at 09:02 pm by nailofar
Comments (5)  

Wednesday, December 07, 2005
7 Disember 2005

Assalamualaikum...


Salam eid Mubarak yang terlewat..Maaf ana ucapkan buat pengunjung-pengunjung blog ana ini. Memamg diakui telah lama ana tidak menupdate blog atas masalah-maslaah teknikal..lebih kurang dua bulan bermula start Ramdahan..sever di Uia atau sesetangah tempat di Selangor tak boleh buka blogdrive..Hinggalah sekarang..Hanya boleh open blogdrive.com shj. Itupun baru shj boleh buka...sebelum ni memang bermasalah.Jadi ana hanya dapat mengupdate tanpa membuka blog ana....Maaaf Zahir Batin,pd semua

Begitu juga sahabat2 yg ada menghantar mesej sms kepada ana...maaf juga kalau tak bals atau tak sampai sebab h.p ana hilang pd bulan Ramadhan di Masjid Uia..so, asifah byk2 yer...terutama pd along or Mrs. Iznan...


Tapi, ana sudah buka blog baru sebagai gantian sementara utk blog ana ni..di www.raudhatul.blogspot.com/..jemputlah ye..:)

Posted at 03:40 pm by nailofar
Make a comment  

Tuesday, September 27, 2005
Intuisi Ramadhan

Assalamualaikum...

Dalam debar menanti bulan yang penuh barakah. Ibarat menanti kunjugan kekasih yang sekian lama tidak bertemu Begitulah hendaknya kita menanti bulan barakah yang di dalamnya segala  yang penuh Rahmah, Maghfirah dan barakah. Bulan yang penuh cinta dari Allah, hadiah  dariNya yang tidak ternila. Layaknya umpama menanti sesuatu yang kita rindui, bersedialah dengan jiwa yang bersih hati yang tulus dan mulus, serta doa yang tak putus-putus..(( Allahumma Balighna Ramadhan ))..amin..

Dalam menanti bulan istimewa ini, teringat pula suasana Ramadhan yang amat-amat istimewa semasa di bumi barakah, Mesir dulu..masa nilah galak bercerita dgn sahabat dari Jordan, ukhti yang menjadi tempat bercerita. Masa nilah mengimbau kembali saai-saat menyambut Ramadhan di sana. Sesuatu yang amat berharga sekali. Sebelum Ramadhan, suasan amat meriah..Funnus atau lampu-lamu di pasang, ibarat menyambut raya di Malaysia,..Masid penuh meriah,,Bacaan Al-Quran meriah di-mana-mana..Dan anatra yang mengusik kenangan adalah, kuih-kuih di 'suuq' yang hanya di jual pada bulan Ramadhan..juga ammu2 dan ablah2 yang pemurah..yang sedekah itu menjadi rebutan buat anak-anak fibnu sabil macam kami ni...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....
Ahlan Washalan ya Ramadhan
Ahalan Wasahlan ya Ramadhan....

+sedikit ucapan buat ukht habibati yg sedang  berjuang di dlm pilihanraya kampus di dalah satu uni. di malaysia ini..setelah dpt msg yg berbunyi "salamunalayiek..ukht habibati, penamaan calon xx, pilihan raya xx doakan yer."..Insyallah, sama-sama kita doa yang terbaik, lillah Mardhotillah..memang kalah itu bukan matlamat, namun ada syuuur untuk melaksanakan amarmaruf nahi munkar..dakwah Risalah ini..dan memartabatkan Al-Quran dan Sunnah.Juga buat senior yg telah  terpikul mandat..  selamat menjalankan amanah...tanggungjawab adalah hutang dengan Allah..yang akan ditanya..berat dipikull waalakullihall...AlaBarakAtillah.semoga Allah meneguhkan iman, melruskan hati, memberi kekuatan dan pertolongan..insyallah..dipermudahkan segalanya.May Allah bless us..amin(^_^)

---------------------------------------------------------------

PUASA

(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:

Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya'ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa

Wajib Puasa:

  1. Islam
  2. Mukalaf
  3. Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
  4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya'ban 30 hari.

Sah Puasa:

  1. Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
  2. Suci dari haid dan nifas.
  3. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
  4. Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya'ban).

(Pulang ke Laman Hadapan)

Rukun Puasa:

  1. Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
  2. Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:

Sekiranya

  1. Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
  1. Muntah dengan sengaja.
  1. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  1. Haid atau nifas.
  1. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
  1. Murtad (keluar dari Islam).
  1. Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

  1. Berdusta, berbohong.
  2. Mengumpat, mengata orang.
  3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
  4. Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
  5. Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya".

(Hadis Riwayat Muslim)

(Pulang ke Laman Hadapan)

Bermaksud: "Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji".

(Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:

  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".

  1. Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya".

  1. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
  1. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
  1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  1. Memperbanyakkan sedekah.
  1. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
  1. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  1. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
  1. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Posted at 01:41 am by nailofar
Make a comment  

Friday, September 16, 2005
DISKUSI ILMU YANG DINANTIKAN


Assalamu'alaikum wbt.
Kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt. Semoga beroleh keberkatan dan perlindungan dari Allah swt.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

    Allah swt. berfirman:
    "Al-Quran ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia dan supaya dengan Al-Quran itu manusia menerima peringatan dan juga agar mereka mengetahui bahawasanya Dia (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran".

    Sabda Rasulullah s.a.w.:
    " Manusia yang lebih utama adalah orang mukmin yang alim, jika diperlukan, maka dia akan memberi manfaat; jika tidak di perlukan, dia pun sememangnya kaya dengan dirinya sendiri ."

    Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abu Dzar:
    " Hai Abu Dzar, engkau pergi untuk belajar sebuah ayat dari Kitab Allah, itu lebih baik bagimu daripada engkau bersembahyang seratus rakaat. Dan bila engkau pergi untuk belajar satu bidang ilmu, baik ilmu itu dilaksana atau tidak, itu lebih baik bagimu daripada engkau sembahyang seribu rakaat"



Dimaklumkan di sini, Insya'Allah, sekali Masjid Asy-Syakirin, KLCC akan menganjurkan Seminar Diskusi 5 Kitab Oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki pada 17 hingga 18 hb September 2005 ini.

Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua, agar memanjangkan posting ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.

Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan kemaafan dipohon.

Taqabalallah minna wa minkum.

B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

_________________________________________________________
Maklumat program adalah seperti berikut:


  • PROGRAM: SEMINAR DISKUSI KITAB KARANGAN SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI.
  • ANJURAN: MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC.
    PENSYARAH:AL-FADHIL SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI
  • TARIKH:17 & 18 SEPTEMBER 2005 BERSAMAAN 13 & 14 SHAABAN 1426
  • TEMPAT: DEWAN MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC
  • SASARAN: 300 PESERTA YANG BERSEDIA MENGIKUTI PROGRAM SELAMA 2 HARI
  • YURAN: RM 30.00 (MAKAN UNTUK 2 HARI).
  • HARGA KITAB: RM 40.00 ( UNTUK 5 BUAH KITAB ).


    MUQADDIMAH SEMINAR DISKUSI KITAB KARANGAN SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI:

    Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah.

    Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.

    Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri.

    Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.

    BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :

    Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib bertasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

    Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.

    Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.

    Setelah menamatkan pengajian di univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).

  • KITAB-KITAB KARANGAN AL-FADHIL SYEIKH NURUDDIN YANG AKAN DIDISKUSIKAN :
  • Isra' Dan Mikraj - Kitab Terjermahan
  • Riwayat Hidup Imam Shafie - Kitab Terjermahan
  • Bab Pemindahan Organ - Kitab Bahasa Arab.
  • Amal Maaruf Wal Nahi Mungkar - Kitab Bahasa Arab
  • Riwayat Hidup Khalifah Omar Abd. Aziz - Kitab Terjermahan


    TENTATIF PROGRAM:

    17 - 18 HB SEPTEMBER 2005 ( SABTU DAN AHAD )
  • 08.15 pagi : Pendaftaran / Taklimat Ringkas
  • 08.30 pagi - 10.30 pagi : Diskusi 1
  • 11.00 tgh - 01.00 tgh : Diskusi 2
  • 03.00 ptg - 07.15 ptg : Diskusi 3
  • 09.15 mlm - 11.00 mlm : Diskusi 4
    (BERGANTUNG KEPADA ARAHAN PENSYARAH)


Semoga kita mendapat manfaat dari majlis diskusi yang di hadiri...amiin.

Posted at 07:01 pm by nailofar
Make a comment  

Friday, September 02, 2005
Bulan penuh segala

Bulan 8..

Bulan yang berlaku segala..
Pedih,sedih,pilu gembira segalanya bercampur menjadi satu..
Kesempatan masa amat terhad sungguh..Ya Allah.(alasan lagi Tuhan yg kuberi...)
Sebenarnya diri ana yg tak pandai membahagikan masa yg telah Allah beri utk update blog..kadag2 rasa bersalah pada semua org..pada amanah yang tak terpikul ini..

Bulan 8 ni..menyaksikan ana 'kehilangan' dua ukhti yang dikasih fillah..bukan apa..cuma ditinggallan diambil org..berubah status..menjadi zaujah pada pejuang-pejuang di jalan Allah..insyAllah(sedih=gembira)

entah kenapa sayu je hati ini..Begitulah kadang2 apa yang kita rancang lain dari perancangaNya..(sob..sob..sedih pula..'ter'emosional pula..).Tapi, di sebalik segalanya tersembunyi hikmah yang maha besar dari Allah..hikmah itu mahal harganya


sebenarnya..ujian terhebat bagi pejuang Allah, adalah masalah hati, sebab itu ulama-ulama sufi dan salafi amat menekankan bab kesufian bagi mencapai martabat murtadhien, dan muttaqin.

kerana pejuang kala dihimpit derita apa pun dapat bertahan melainkan ujian berkait hati atau lebih mudah 'cinta'..

sabarlah pejuang, sahabat di jln Allah..sabarlah..(kenapa 'ter'sedih banyak ni..Astaghfirullah)

Juga didoakan yang tak putus buat  daie wa daieah yang  amat ana cintai AlMarhum Ahmad Deedat dan ukht Zainab Al-Ghazali...ketahuilah "aku hidup di daerah yang payah ini, jalan dakwah dan tarbiyah ini berbekallan ruhul jadid kalian, hamasah kalian, taqwa kalian..segalanya..bersaksilah semoga kalian ditempatkan di kalangan solihin dan mutaqiin..bersama As-Syahied Yassin dan As-syahid Rantisi...ya Allah aku mencintai kalian..juga buat almarhumah bonda akhi aljoofre kita..yang ana kagumi keibuannya kesolehahannya..al-fatihah buat mereka..

agak terkilan juga tak dapat bertemu dengan Al-Hadad Jufri yg dtg ke uia minggu lepas, sebab ada walimah ukhti ana..terkilan amat,,tapi moga barakahnya sampai pada hati2 yang cintakan ilmu Allah..(ya Allah..luruskan hati kami ya Allah..)amin...

buat semua sahabat..
sama2lah kita terus berjuang..berkorban..tadhiyah-berkorban rasa dan jiwa..demi harga Redha dan cintaNya yang maha hebat..insyallah..

buat ukht Najihah Harun dan Along tercinta-Aminah Wajihah..dan rijaluddin-rijaludin antuma berdua..



"BarakAllahulakuma WabaRakAllahua'laikuma Wajama' Bainakuma Bilkhaier.."

moga barakahNya melimpahi hidup antum, melahirkan jilun-mansyud yang diimpikan semoa..moga tegar yer menrangkul title "isteri solehah" yer..uhubbakumafillah..."



salam mujahadah berterusan..
selamat menhayati erti isra' mi'raj dan kenang2 Palestine selau dalam doa kita

Posted at 11:00 pm by nailofar
Comments (4)  

Tuesday, August 02, 2005
2 August 2004

Merenung diri

Bismillahirohmanirahim
Assalamualaikum..


  Usai dua minggu lepas, memang sedang mencari kedudukan stabil di sini. Menghadiri kuliah, program, talaqqi juga madrasah tarbiyah tidak rasmi---kehidupan hari-hari..
  Membaca rentetan-rentetan isu terkini dunia dan Malaysia, kadang2 terfikir, inilah dunia akhir zaman segalanya bercampur menjadi satu!Medan fitnah yg besar..Di Malaysia, isu Ayah Pin, Rasul Melayu, isu Mawi atau Tsumawi,kondom, pelacur-darurat dan isu dunia ledakan bom di London yg memang mecuri perhatian dunia. Masakan tidak. Pelopornya Zionis, merantai mata-mata di pelusuk dunia, menghambat media mengatakan itu angkara Muslim! Alangkah statiknya mereka!Dayus barangkali. Amat takut dengan kebangkitan Islam. Seperti kata Dr. Amanullah muhtaram, seisi kelas Ibahah yg lepas, di dalam hadis2 sohih, riwayat yg oboeh dipercayai, akan berlakunya peperangan di Madinah, yang mana pada masa itu ummat Islam akan terbagahi pada tiga golongan 1) Mereka yang alri dari medan jihad ( Al-harbu minal al-jihad ) 2) Yang akan tetap istiqomah dalam medan jihad dan mati sebagai syuhada' (moga2 kita akan tergolong dalam golongan ini) 3) Mereka yang menolong Amerika dan Yahudi( NAuzubillah ). Ya! Janji Allah itu pasti dan kemenangan akan datang. Kata Dr. Amanullah.." Sayaqau'! Wa Nantazhir!"..Semalam, Alhamrhum Raja Fahad meninggal dunia. Inannalillah Wainnailaihirajiun...Bercerita dengan sahabat indonesia yang suka membaca. Katanya..Kemasukan puak kafirun ke Madinah hanya terjadi sejak dekad ini. Bermula di Jeddah yg mana akan memberi ruang utk mereka menembusi bumi Munawarrah ini. Moga Allah memelihara kesucian tanah suci Madinah ini. Tapi detik depan, masa akan datang, segalanya sudah tercatit. Pasti. Dan kita berdoa moga-moga kita digolongkan di kalangan mereka-mereka yg sedikit " Alllahumj'alna Minal Qalail" Doa Saidatina Aisyah r.a. Amin Ya Rab..

  Gamal Albanna, antara pencetus pemikiran liberal berkunjung ke UIA. Lewat mengetahui tentang kedatangan, Beliau adalah antara pemikir liberal yg Astora pernah mengambil kata-katanya sebgai hujjah. Dengan menyandarkan bahawasanya Gamal mempunyai kaitan dengan Hasaan Al-Banna.wah! Bijak sungguh. Bersatu darah tidak mungkin mempunyai satu kefaham sat u aliran dan satu keimanan. Andai ikhlas itu tidak dijadikan tunjang segala pincang jiwa dan diri. Haus nurani menati taqwa yang menjadi penawar segala. Dalam tiga minggu ini, sudah dua kali bertemu Astora Jabat dalam seisi program Debat dan Wacana. Moga Allah beri kita hidayah..Tajdid atau reformasi pemikiran tidak menghalalkan segalanya. Tajdid itu perlu, namun perlu didasari Al-Quran, Sunnah dan sumber2  ilmu yang lain. Kepentingan turathi dan talaqqi juga dirasah yang multazim amat penting. Bukan hanya sekadar membaca dan menulis. Guru itu penting. Moga2 beliau akan diberi ilham dan hidayah juga taufiq utk menulis yang benar-benar sahaja.! Raikan masyarakat awam. Keliru mereka mencari yang haq..

  Termanggu menlihat gerakan Kristianisasi yang makin hebat lewat beberapa tahun ini. Mengikuti training course Dakwah programme anjuran Engenieering student atau International student dengan anak murid Ahmad Deedat, Bro. Shahkirit memang satu pengalaman yg sukar dilupakan. Juga pendakwah-pendakwah yang tegar dalam dakwah mereka. Yang pernah menjadi precher-Protesten, pernau bergaul bermesra dengan pendakyah-pendakyah Kritian, pengalaman mereka memang mahal harganya. Kami sama-sama membincangkan, mengumpul maklumat-maklumat, meneliti Bible, mencari contradiction dalam Bible, mengumpul hujjah, mengenal mad'u non-Muslim, paling penting insyAllah sama-sama bergerak untuk dakwah dan islah. Betapa ramai di luar sana, dahaga menanti dimanakah Risalah kebenaran itu..di mana..kami menanti..sampaikan hulurkan kabarkan..Moga-moga kita thabat dan istiqomah teruskan berjalan di dalam sabil yang tajam ini..

Ya Allah..
Di dada langit
Aku menadah
Merungkai makna
Melipat ma'rifah
Ya Allah
dayuskah aku
dalam mengenal fana
betapa hina diri
menjejak cintaMu yg Allah
rebah dalam dakapan nafsu
lemas dalam ghaflah dunia...
alangkah!
alangkah!
ya Rob..
PadaMu segala kupaut
cinta itu
rindu itu
maghfirah itu
Rahmah itu
Amin ya Rab
 

Posted at 08:04 pm by nailofar
Comments (7)  

Thursday, July 21, 2005
Kritikan terbuka

Ehsan dari blog ust. Joofre...sama-sama kita ambil manfaatnya...


Astora dan Pembaca

Saban hari sidang pembaca dan sahabat-sahabat meminta ana mengulas pelbagai isu yang timbul hari ini. Beberapa isu ana rasakan semua pihak sudah mengetahui dan bukanlah menjadi keutamaan bagi ana untuk mengulas. Namun begitu, kadang kala ada sesetengah pihak memang teramat suka menimbulkan kontroversi dalam masyarakat, seolah-olah mengundang kritikan pihak lain, sekaligus menjadikannya popular. Di dalam pepatah arab pun ada berbunyi, berlainanlah dari orang lain, nescaya engkau akan dikenali.

Terima kasih kepada para pembaca sekalian, yang begitu perihatin kepada isu-isu yang melibatkan kesucian agama kita dan kemurnian pegangan kita zaman berzaman, mencurahkan idea demi idea untuk diulas. Walaupun begitu, tentu sekali tidak semua isu yang ana mampu atau mahu ulas, bergantung kepada kemampuan dan penelitian ana terhadap isu tersebut. Apapun jua, terima kasih.
 
Antara isu yang diminta oleh ramai sekali para pembaca pada ana baru-baru ini ialah, isu Astora Jabat yang menimbulkan isu kemaksuman Nabi dan kesempurnaan penyampaian risalah oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Astora seperti biasa, akan menimbulkan isu-isu sebegini ke dalam masyarakat dan mengundang dirinya dikritik oleh semua pihak. Ana tidak suka menambahkan lagi bilangan mereka yang bertelagah dengannya, kerana memikirkan nasihat Imam Ghazali dalam menangani golongan yang degil dan tidak mahu dinasihati.

Selain itu, ana rasakan rata-rata ummat Islam di Malaysia tidak bersetuju dan sukar menerima pandangan-pandangannya yang kontroversi. Oleh yang demikian, keutamaan ana bukanlah pada menjawab isu-isu tersebut, kerana anjing yang menyalak bukit takkan berupaya sedikit pun meruntuhkan bukit tersebut.

Namun begitu, hak bagi yang bertanya sesuatu soalan adalah diberikan jawapan. Maka bagi menunaikan hak mereka, pertamanya ana katakan, jangan sekali-kali menjadikan orang seperti Astora dan mereka yang tak belajar ilmu-ilmu agama secara tertib dan ilmiah, sebagai rujukan ilmu agama kita. Jadikan penulisan mereka tidak bernilai dan seolah-olah mereka hanyalah "syok sendiri". Mereka akan berhenti menulis jika tiada lagi orang yang menghiraukan tulisan mereka, yang hanya dibakulsampahkan.

Metod penulisan Astora atau metod penulis lain yang mempersoalkan perkara-perkara yang dikatakan bid'ah dalam masyarakat dan lain-lain, adalah lebih kurang sama. Mengapa ana katakan demikian? Kerana mereka menimbulkan isu-isu kontroversi dengan membawa nas Al-Quran dan Sunnah yang sahih serta pendapat ulamak, tetapi meninggalkan pendapat ulamak lain dengan harapan, masyarakat mengenali lantas mengikuti pendapat dan pendirian mereka. Persamaan ini jelas zaman berzaman, dan bukan hanya timbul di zaman kita ini sahaja. Semoga Allah menjauhkan kita dari golongan sedemikian.

Seterusnya ana katakan, kemaksuman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan satu perkara yang menjadi kata sepakat seluruh Ahli Sunnah Waljamaah. Tiada seorang mukmin yang beriman boleh mengatakan bahawa Rasulullah tidak maksum. Sejauh mana kemaksuman tersebut tentu sekali diperselisihkan. Dan kita memilih bahawa Rasulullah tidak akan tersilap dalam perkara aqidah dan wahyu. Namun baginda tidak lari dari melakukan kesilapan pada perkara-perkara kecil, yang akan diperbetulkan oleh Allah secara langsung dan segera. Inilah kemaksuman baginda. Selain itu, baginda juga adalah insan kamil, yang tidak mungkin lidah mampu mengungkapkan kesemua keistimewaan dan kemuliaan baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kesempurnaan risalah Islam oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga telah menjadi kesepakatan ulamak. Al-Quran secara jelas telah menyatakan perkara ini. Selain itu kaedah juga ada mengatakan mustahil Allah Ta'ala mempertanggungjawabkan sesuatu ke atas kita, tanpa kita mampu atau mempunyai cara untuk mengetahui tanggungjawab tersebut. Maha Suci Allah dari perkara tersebut.

Namun begitu, tentu sekali bukan semua perkara telah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Al-Quran dan Sunnah memberikan kita petunjuk atau 'guideline' secara umum dan sebahagiannya secara terperinci. Apa yang ditunjukkan secara umum pula, telah diperincikan atau diberikan kaedah-kaedah oleh ulamak terdahulu. Kita di zaman ini pula memahami dan mempraktikkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan huraian dan penerangan yang diberikan oleh para ulamak ini.

Apa yang menyebabkan percakaran dan pertelingkahan kita hari ini umumnya adalah apabila kita enggan mengikuti lagi manhaj Islam ini, dan ingin terus menafsirkan nas-nas yang ada, mengikut pemahaman dan penafsiran kita sendiri, berdasarkan penilitian kita yang lemah ini, terhadap pendapat-pendapat para ulamak terdahulu. Pentarjihan yang dilakukan oleh Astora atau Asri atau siapa jua namanya sekalipun, tidak akan mampu menandingi kehebatan pentarjihan yang dilakukan oleh Imam Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain.

Sekali lagi blog ini menasihatkan para pembaca agar berhati-hati dalam urusan sumber ilmu agama kita. Jangan sekali-kali mudah terperangkap dan terpedaya dengan penulisan-penulisan yang tersebar luas hari ini di internet, akhbar dan majalah, yang telah lari dari manhaj yang disebutkan di atas. Urusan agama merupakan suatu perkara yang serius yang tidak boleh kita ambil dari sebarangan pihak. Semoga Allah memberi kemudahan kepada mereka yang benar-benar ikhlas mencari ilmu-Nya hanya semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya, dan menggolongkan kita agar termasuk di dalamnya. Amiin...


Posted at 07:48 pm by nailofar
Make a comment  

Next Page

Emm..only a person that still search the true luv which is Allah's luv..only want to gain Allah's pleasure..eventough the path was so narrow
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Insan mencari hakikat diri dan iman

<p><

fata fuhairah anamuslimah ainul alana aisyahumairah amizakhusyairi aljoofre akhimasrawi aininna aseel azim husna ust hilmy ahmad akhyaralqadiri cthurairah icesoul mysarah ibnhazam sokai salha zunnurain
NNew
AAppreciative
IIntelligent
LLucky
OOutrageous
FFragrant
AAstonishing
RRaw

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed