<
Aku tanpa cintaMu bagai layang-layang putus tali: Aku tanpa cintaMu tiada erti hidup ini Aku tanpa cintaMu merana diri merindui
"Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Dia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya, yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani. Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah, berhak menerima imbalannya."As-Syahid Hassan Al-Banna"



Tuesday, September 27, 2005
Intuisi Ramadhan

Assalamualaikum...

Dalam debar menanti bulan yang penuh barakah. Ibarat menanti kunjugan kekasih yang sekian lama tidak bertemu Begitulah hendaknya kita menanti bulan barakah yang di dalamnya segala  yang penuh Rahmah, Maghfirah dan barakah. Bulan yang penuh cinta dari Allah, hadiah  dariNya yang tidak ternila. Layaknya umpama menanti sesuatu yang kita rindui, bersedialah dengan jiwa yang bersih hati yang tulus dan mulus, serta doa yang tak putus-putus..(( Allahumma Balighna Ramadhan ))..amin..

Dalam menanti bulan istimewa ini, teringat pula suasana Ramadhan yang amat-amat istimewa semasa di bumi barakah, Mesir dulu..masa nilah galak bercerita dgn sahabat dari Jordan, ukhti yang menjadi tempat bercerita. Masa nilah mengimbau kembali saai-saat menyambut Ramadhan di sana. Sesuatu yang amat berharga sekali. Sebelum Ramadhan, suasan amat meriah..Funnus atau lampu-lamu di pasang, ibarat menyambut raya di Malaysia,..Masid penuh meriah,,Bacaan Al-Quran meriah di-mana-mana..Dan anatra yang mengusik kenangan adalah, kuih-kuih di 'suuq' yang hanya di jual pada bulan Ramadhan..juga ammu2 dan ablah2 yang pemurah..yang sedekah itu menjadi rebutan buat anak-anak fibnu sabil macam kami ni...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....
Ahlan Washalan ya Ramadhan
Ahalan Wasahlan ya Ramadhan....

+sedikit ucapan buat ukht habibati yg sedang  berjuang di dlm pilihanraya kampus di dalah satu uni. di malaysia ini..setelah dpt msg yg berbunyi "salamunalayiek..ukht habibati, penamaan calon xx, pilihan raya xx doakan yer."..Insyallah, sama-sama kita doa yang terbaik, lillah Mardhotillah..memang kalah itu bukan matlamat, namun ada syuuur untuk melaksanakan amarmaruf nahi munkar..dakwah Risalah ini..dan memartabatkan Al-Quran dan Sunnah.Juga buat senior yg telah  terpikul mandat..  selamat menjalankan amanah...tanggungjawab adalah hutang dengan Allah..yang akan ditanya..berat dipikull waalakullihall...AlaBarakAtillah.semoga Allah meneguhkan iman, melruskan hati, memberi kekuatan dan pertolongan..insyallah..dipermudahkan segalanya.May Allah bless us..amin(^_^)

---------------------------------------------------------------

PUASA

(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:

Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya'ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa

Wajib Puasa:

  1. Islam
  2. Mukalaf
  3. Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
  4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya'ban 30 hari.

Sah Puasa:

  1. Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
  2. Suci dari haid dan nifas.
  3. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
  4. Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya'ban).

(Pulang ke Laman Hadapan)

Rukun Puasa:

  1. Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
  2. Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:

Sekiranya

  1. Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
  1. Muntah dengan sengaja.
  1. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  1. Haid atau nifas.
  1. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
  1. Murtad (keluar dari Islam).
  1. Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

  1. Berdusta, berbohong.
  2. Mengumpat, mengata orang.
  3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
  4. Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
  5. Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya".

(Hadis Riwayat Muslim)

(Pulang ke Laman Hadapan)

Bermaksud: "Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji".

(Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:

  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".

  1. Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya".

  1. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
  1. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
  1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  1. Memperbanyakkan sedekah.
  1. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
  1. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  1. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
  1. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Posted at 01:41 am by nailofar

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Emm..only a person that still search the true luv which is Allah's luv..only want to gain Allah's pleasure..eventough the path was so narrow
   

<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Insan mencari hakikat diri dan iman

<p><

fata fuhairah anamuslimah ainul alana aisyahumairah amizakhusyairi aljoofre akhimasrawi aininna aseel azim husna ust hilmy ahmad akhyaralqadiri cthurairah icesoul mysarah ibnhazam sokai salha zunnurain
NNew
AAppreciative
IIntelligent
LLucky
OOutrageous
FFragrant
AAstonishing
RRaw

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed