<
Aku tanpa cintaMu bagai layang-layang putus tali: Aku tanpa cintaMu tiada erti hidup ini Aku tanpa cintaMu merana diri merindui
"Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Dia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya, yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani. Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah, berhak menerima imbalannya."As-Syahid Hassan Al-Banna"



Friday, December 23, 2005
Dia yang saya kenali.

Teman 1

Kisah yang ingin saya ceritakan ini, bukan kisah cereka, bukan juga kisah rekaan, ianya kisah benar. Ya, benar-benar terjadi dalam hidup saya. Saya mengenalinya lewat Ramadhan yang lepas, usai kelas bersama seorang Ustaz. Dia yang saya kenali pada perkenalan pertama,  bicaranya  hanya saya cicipi dengan perasaan endah tidak endah. Bagai malas melayan kenalan yang baru itu. Dialah. Dialah yang memberi saya satu nafas baru di kampus ini. Kami hanya berbasa basi bersembang. Sambil mengatur langkah pulang ke asrama. Namun jauh di dasar hati, saya mengatakan dia akan menjadi antara sahabat yang akrab di dalam hidup saya suatu hari nanti. Entah mengapa kuat benar naluri saya.

 Dia adalah siswi biasa-biasa sahaja. Pada pandangan zahir, seorang yg sederhana namun menyenangkan. Kami mula saling akrab apabila iftar dan solat terawih bersama. Ya! Mungkin ianya umpama cerita biasa, Namun, bukan biasa bagi saya. Ketika berbual-bual sambil menunggu waktu berbuka, kami bertukar pandangan. Lantas bagai mengalir satu perasan yang halus tika bertukar pandagan. Dia muslimah bekas siswi Kejuruteraan. Namun, atas desak hati, menukar kuliah ke ilmu wahyu. Bukan itu kisah utamanya. Namun bagaimana cintanya beliau pada ilmu. Pesonanya memukau! Ilmunya membuat saya tersentak dari tidur saya yang panjang di kampus ini. Saya tahu setelah sekian lama berada di kampus ini, ana terasa amat kekosongan jiwa dan ilmu. Bukan senang melupakan segala keindahan mengutip ilmu di bumi anbiya; itu. Dia; memang cintakan ilmu. Rajin membaca amat klise dengan tabiat wanita yang lain. Gemar membaca buku ilmiah dan mampu mengeluarkan hujah-hujah dan mengingati fakta-fakta dengan baik.

 Dia yang saya kenali, rajin membantu, malah tanpa teragak-agak ringan menemani saya dengan kereta kancilnya ke Kuala Lumpur; Plaza Low Yat mencari barang yang tertinggal beberapa hari yang lepas. Dia yang menemani saya dengan sabar walau tersesat  bebarapa jam di tengah-tengah bandaraya itu. Bersama-sama makan di kampung baru. Dan tanpa teragak-agak menghulurkan 10.00 ketika peminta sedekah meminta ehsan di meja kami. Tanpa saya sedar. " mengapa awak bagi banyak sangat, takut mereka itu menipu.  Nanti seolah-olah kita menggalakkan pula." Saya menegurnya, tidak puas hati." Saya ada duit kecil." Katanya..biarlah pahalanya tetap berjalan walau mereka menipu..sambil membaca  potongan ayat Al-Quran berkenaan sedekah. Saya kagum metah. Dia memang tidak pandai marah. Malamnya, apabila saya mengadu sukar konsentarsi apabila membaca sendirian di bilik, beliau menemani saya membaca. Walau sama-sama letai benar,dan saya yang sebenarnya bukan membaca melainkan terhangguk-hangguk keletihan. Aduhai sahabat.

 Dia yang saya kasihi, berbicara melalui pengalaman. Walau kami sedikit berbeza pandangan, namun kami bersatu dalam perasaan, dan berkongsi satu intuisi dan pandangan utama yg sama. Terdapat sata kata-katanya yang amat saya kagumi." Wanita walau dikatakan sesolehah manapun, sesiqah mana pun, sebaik mana pun, sezuhud mana pun bukanlah wanita solehah penenang hati, sakinah yang dijanjikan Allah dalam Al-Quran selagi mana bergelar 'awek' pd lelaki dan belum berkahwin dengan lelaki tersebut".Setuju amat saya. Mana mungkin kita mengatakan sudah bertemu teman hati; soulmate, pembakar semangat perjuangan andai akad tidak lagi termetri.Sambung beliau lagi " Perempuan selagi mana belum memetrai akad, hanya akan bawa masalah pada lelaki". Lantas ketawa kami berderai bersama-sama. Lucu rasanya apabila beliau menceritakan hujahnya dengan seorang adik yang beliau kenali dengan gayanya yang menghiburkan. Dia berbicara natijah pengalaman. Saya setuju benar.

 Suatu waktu dahulu katanya, beliau gadis kota KL yang moden, ghairah membeli barang berjenama, dan  suka bershopping di bandaraya. Bermain bowling, ski, dan lain-lain menjadi perkara biasa. Muzik non-Islamic halwa telinga. CLEO adalah kegemaraannya tiap bulan. Namun, tika hidayah Allah mengusik tirai jiwanya, bergemalah sinar taufiq yang menenangkan hati dan rasa. Jadilah beliau seperti sekarang. Pecinta ilmu Abid-Rahman yang unggul. Bukanlah bermakna salah kita bersukan indoor, namun hatinya sudah tiada lagi syuur untuk perkara-perkara itu. Titik.

 Banyak benar perkara yang saya belajar darinya, beliau mengetahui web-web ulama' muta'khirin, malah menghafal nama kitab2 tafsir2 salafiyyun dan mutaqqaddimun walau baru benar di dalam bidang ilmu agama ini. Isinya berhikmah dan berisi. Cinta pada Rasulullah dan sahabat-sahabat juga ulama'2 salaf dan idolanya Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

 Beliau sering mengadu pada saya. "  saya rindukan sangat nak pergi ke Makkah dan Madinah, saya sering berdoa untuk ke sana bukan sekadar ziarah malah menetap di sana. Bulan Ramadhan lepas, hati saya meruntun-runtun ingin ke Mekah. Mengalir-ngalir air mata sya" Beliau pasti akan bercerita penuh perasaan. Kami berkongsi kerinduaan yang sama. Namun, mungkin beliau lebih lagi, Jiwa kami ibarat satu dalam dua. Berbeza namun mencinta the " ultimate". Dia menyatakan cintanya dan rindunya pada Rasulullah dan Makkah bukan omongan. Bukan disertakan dengan larangan-larangan- hipokrisi cinta Rasul. Namun tulus jiwa dan taat padaNya natijah. Seperti saya yang ingin amat ke sana, beliau lebih lagi. Kami berkongsi air mata. Dia yang saya kenali..

 Itulah dia yang saya kenali, penghibur dan peneman saya di sini. Penegur dan sahabat buat saya. Dialah yang saya cintai kerana Allah. Mu'minah pencinta ilmu akhir zaman. Dia yang saya kasihi. Titipan saya ini tidak memadai menggambarkan kelapangan jiwa saya mengenali dia. Pasti tidak akan memadai. Saya pasti benar itu.

Nailofar.

Makatabah

6.19 p.m

 


Posted at 09:02 pm by nailofar

Name
May 18, 2007   04:37 PM PDT
 
subhanallah..IndahNYA bila dipertemukan dan berukhuwwah kerana ALLAH..
nailofar
February 3, 2006   01:48 AM PST
 
aiwah ya ustz...
memang betul..tu
hanya yg halal menjadi syarie...
nailofar
February 3, 2006   01:46 AM PST
 
aiwah!!
betullah tu..
bershbt sesama mahram..shbt ana adalah sahabat muslimah ana..
anaih
January 25, 2006   05:14 AM PST
 
saya anggap, jika saya bertemankan seorang wanita, dia bukan teman sejati bagi saya, kerana teman sejati sebegitu hanya selepas diijab kabulkan.

jika saya minat pada seseorang wanita, saya mengatakan minat bukan cinta dan sayang kepadanya. apa ada jika kecintaan pada makhluk berlainan jenis, ia lebih kepada yg xbaik dr yg baik. dia bukan penolong saya atau pemberi rezeki kepada saya. saya sayang ayah ibu sebab mereka mendidik dan membela, memberi saya makan dan sebagainya. saya bertuhan Allah kerana Tuhan suruh bertuhankan Dia. Dia yang bagi rezeki kepada ibu bapa saya dan saya dan anda. jadi saya sayang Tuhan. tapi saya selalu khianat janjiNYA. saya macam tak sayang kat Dia. saya mintak Dia bagi sayang Dia kepada saya. amin..

sayang sama jenis dituntut. orang dilindungi ketika hari kiamat adalah 2 orang lelaki (termasuk juga 2 orang perempuan) yang berkasih kerana Allah, bertemu dan berpisahnya juga kerana Allah.

salah betulkan..

teruskan persahabatan moga ianya menjadi persahabatan sejati.
anaih
January 25, 2006   04:58 AM PST
 
erm.. teruskan bersamanya..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Emm..only a person that still search the true luv which is Allah's luv..only want to gain Allah's pleasure..eventough the path was so narrow
   

<< December 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Insan mencari hakikat diri dan iman

<p><

fata fuhairah anamuslimah ainul alana aisyahumairah amizakhusyairi aljoofre akhimasrawi aininna aseel azim husna ust hilmy ahmad akhyaralqadiri cthurairah icesoul mysarah ibnhazam sokai salha zunnurain
NNew
AAppreciative
IIntelligent
LLucky
OOutrageous
FFragrant
AAstonishing
RRaw

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed