|
|
 |
 |
|
Tuesday, July 19, 2005
Bismillahirohmanirohim
Salamunalayiek
MasyAllah..lama rasanya tak menitipkan sesuatu kat blog ana..entah bagaimana sejak pulang ke kampus..blog ana ada problem, ada masalah password..So, terpaksalah update menyepi ..dalam pada masa yang sama first week di semester baru ini memang sibuk benar. Bilik baru pun tak sempat pindah lagi.. Sampai kakak2 dah tanya beberapa kali..Bila nak naik..Semester ni terpaksa reshuffle blilik..kalau ikutkan Master student takyah reshuflle(betul ke ejaan ni :).. Kalau diikutkan diri dan hati..maalasnya nak naik atas..terpaksa angkut barang-barnag dan kitab-kitab yang berat..Subhanallah..tapi biarlah cuba minta juga stay level 1, but then, depa dah masuk system..Hatta walau terpaksa duduk dengan one of chinese yang baru masuk kat level one pun ana sanggup. Best juga dapat kawan baru = dakwah pd non-Muslim...<br>
Minggu lepas juga menyaksikan hari-hari yang baru. Daftar 4 subjek ( banyak juga )..semua kelas ramai...terpaksa menyesuaikan diri...Membantu k.sarah metranslatekan water project dari Jeddah.. mujahadahtunnafsi...
Antara lain, menghadiri Seminar - Debat Tajdid anatara Ust. Asri dan Astora JAbat. Agak hangat juga..Insyallah ana akan update pasal seminar tu ( erm..berapa banyaklah yg ana janji nak tulis tak tulis2 lagi... :D )...
Sesisi jadual baru..tinggalkan anak-anak murid yang dah ana ajar selama 3 bulan..Nu'man, Amir Aiman yg nakal, Haikal yang selalu perlu banyak sabar juga Dania yang pandai, Zarifah yg sensitif dan anak-anak murid yang baik-baik belaka. Menjadi guru memang kerja yang mencabar. Juga amanah yg berat mungkin!..Semoga kalian tak lupakan ustazah yer...jumpa lagi nanti...<br>
<BR>Baru juga menjejakkan balik ke Law Depart. utk mulakan tugas part-time, setelah beberapa kali di tanya.." Bila nak mula kerja "..? org bwh dah rindu ( ;p betul ker
Juga tak dilupakan adik-adik di rumah...humaira' yg suka tersenyum=menangis..moga2 Allah mudahkan urusan kalian...buat k.ngah di matrik Melaka..u have to! pegang amanah tu beatul2 bukan senang memegang taklifan. Ibarat meletakkan sebelah kaki di neraka dan sebelah di syurga!!
Minggu depan start program di Uia...konvo dan etc...
Makin ripuh dengan segala yang mencabar..moga Allah beri nusrah dan inayahNya pada kita..
Berjuanglah walau hujungnya tidak kelihatan...kerana kita bukan yg pertama dan terakhir...
Posted at 08:01 pm by nailofar
jundatullah
Monday, June 27, 2005
Ketika mengemas rumah baru ( diduduki ) bukan baru dalm erti kata sebenarnya,terasa amat dunia ini bukan tempat kekal. Di mana pun bumi kita pijak langkah kita tidak akan tetap. Esok lusa tidak pasti di mana lagi tempat berteduh. Segalanya mnjadi rahsia Allah. Kadang-kadang kita diserbu suka, kadang kala pula kita dihantuk derita. Tapi itulah hukum alam. Dunia ini kelana musafir. Sewaktu menyusun buku-buku lama umi, mata terpaku pada terjemahan kitab2 as-Syeikh Hassan Al-Banna, Mustafa Mafyhur, As-Syeikh Siaed Abuul A’la AlMaududi ( Ketua Jamaah Islamiyah Pakistan ) dan lain-lain lagi. Terasa perlunya diri istiqomah dengan amalan membaca. Fitrah insan, kadang2 rasa malas dan cukup dengan apa yang ada. Lantas rasa itu menghukum diri kembali.
Proses membca proses wajib dan berterusan. Seperti prses tarbiyah juga. Tiada erti henti atau tiik dalam hidup seorang pendakwah atau insani. Ibarat minyak kereta. Kita musafir dakwah perlu mengisi minyak selalu, perlu tahu arah tuju kelana, perlu pasti daerah yang hujung sana. Seperti juga kenaikan harga minya yang menyerang ekonomi negara sekarang, begitu juga minyak aka tarbiyah yang lebih mahal dan lebih kualitinya yang perlu kita isi demi mendepani era yang mencabar ini. Dakwa tanpa tarbiyah iabrat kereta tanpa minyak. Bagaimana kita yang ingin menyeru ke arah Allah-syariah dan daulah Islamiyah ingin menuang gelas yang kosong. Mustahil bukan.? Begitu jug kita mesti mengakui perluny politik dalam gerakan Islam untuk mendapat authority di dalam perlaksanaan syariat. Menyelak helaian-helaian tulisan Mustafa Mafhuyur. Ketika ada di kalangan anggota ikhwanul Muslimin yang bertingkah pendpat samada perlunya mereka bergerak di dalam politik. Masing2 mempunyai pendapat tersendiri. Yang ingin menerskan dakwah tanpa melibatkan politik punya alas an tersendiri, begitu juga yang ingin melibatkan diri di dalam politik. Tetapi suatu perkara yang kita tidak boleh menafian ialah proses islah dan dakwah masyarakat aalah satu proses yang panjang. Dan kita perlu yakin nusrah Allah pasti akan datang Cuma belum sampai masanya. Oleh itu, perkara yang kita perlu pastikan ialah sabar dalam berdakwah dan berjuang dan jangan tergesa-gesa memetik hasil dakwah. As-Syahid Hassan Al-Banna dengan tazkirah yang begitu cantik mengingatkan para pejuang agar sabar di dalam berjuang dan jangan tergopoh=gapah di dalam memetil hasilnya. Namun begitu, tarbiyah, manhaj, marhalah dan polotik Islam perlu seiring. Masing ibarat rantaian salingmemerlukan. Namun paling penting pengisian tarbiyah itu yg utama.
Seperti pesan Umar Al-Khattab kepada para pejuang “ Kita adalah pejuang yang mempunyai kelebihan berbanding kuffar disebabkan amalan dan taqwa kita, andai hilang ttaqwa dan amalan soleh, samalah kita dengnan pihak kuffar. Jangan nanti kita menjadi fitnah kepada perjuangan ini. Sering terdengar di telinga kita “ Ala, orang yang bergerak dalam dakwah pun buat macam tu. “ Kenapa sahabat-sabahat kita pun macam tu. tak menjaga muamalah dan sebagainya. Kita bukan perfikiran jumud atau tertutup, tapi setelah jalan ini thoriqud Dakwah ini telah kita pilih maka benar-benar lah kita menjaga susurnya agar denai-denainya menjadi cantik dan indah. Kita membawa amanah yang maha berat.
Seperti kata pepatah arab. Beramal dengan ilmu payah, istiqomah dengan ilmu lagi payah, namun yang paling payh adalah ikhlas dalm berama. Ok, kita bukan menyempitkan mind-set kita, Islam itu mudah dan tak menyusahkan, namun dalam apa juga perbuatan ada prinsip atau macadi’ yang kita perlu lakukan, Mereka yang mengikuti manhaj tarbiyah perlu menunjukkan qudwah hasanah pada orang awam, lihat dengan hati dan tanalah pada sesiapa sahaja yang mengikuti marhalah-marhalah tarbiyah. Di sana, pasti ada yang tersungkur dalam proses-proses tersebut, tapi tidak mengapa, adat manusia tidak lari dari salah dan silap. Menurut Mustafa Masyhur, di dalam menggariskan rintngan-rintangan dan tribulasi tarbiyah,opss bersambung insyallah..
jundatullah~ a million hearts
Posted at 06:56 pm by nailofar
jundatullah
Menjejaki susur para pejuang Islam ini!
Simfoni hidup
Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Mu'minun.1-5
" Maka telah berjayalah orang-orang yang beriman." " Yang khusyuk di dalam solatnya" " Yang bepaling dari perkara-perkara yang melalaikan." " Yang menunaikan zakat." " Yang menjaga maruah-maruah mereka."
Ucapan Rasya Ummu Muhammad isteri kepada as-syahid Abdul Aziz Ar Rantisi
Sewaktu kematian suaminya itu beliau ditemubual oleh wartawan IslamOnline di dalam rumahnya, sewaktu ditemubual kedengaran di luar rumah suara riuh rendah dengan laungan penuh semangat kaum wanita yang mahukan Rasya Rantisi keluar menyampaikan ucapan kepada mereka.
Beliau menyudahkan temubualnya seterusnya dengan penuh bersemangat, Rasya melangkah gagah keluar daripada rumahnya menuju kearah perhimpunan ribuan muslimat yang telah lama sedia menanti.
Bagaikan seorang srikandi, Rasya memulakan pidatonya
"Demi Allah, sesungguhnya saya sangat bangga dan mulia berdiri disini pada hari ini. Pada hari ?perkahwinan? suami saya yang dijodohkan dengan 72 bidadari dari syurga. Saya memohon kepada Allah yang maha Tinggi lagi Maha berkuasa supaya membahagiakan suami saya bersama bidari-bidarinya."
Rasya terus bermadah
"Sesungguhnya hati merasa sedih, sesungguhnya mata menitis air. Perpisahan denganmu sememangnya menyedihkan aku wahai Abu Muhammad. Akan tetapi aku memohon kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa supaya mengilhamkan kesabaran kepadaku, kepada anak-anakku dan kepada seluruh bangsa palestin dan umat Islam".
"Tiada apa yang saya mampu katakan selain daripada Ya Allah, berilah ganjaranMu kepada Gerakan Kebangkitan Islam (Hamas) di atas musibah yang menimpanya ini dan gantilah dia dengan lebih baik daripadanya."
"Jika Abdul Aziz ketika hidupnya merupakan sumber kekuatan bagi Hamas, maka sesungguhnya ketika Allah menetapkan ajalnya, demi Allah ia tidak mengsia-siakan gerakan Hamas. Allah pasti tidak akan membiarkan gerakan Islam ini. Sesungguhnya Abdul Aziz telah pergi dan sebelumnya Syeikh Ahmad Yassin. Tetapi disana ada beribu-ribu Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Ar Rantisi."
Setelah berucap panjang, beliau menutup ucapannya dengan penuh semangat
"Di hadapan kita tidak ada pilihan lain selain dari penentangan berterusan terhadap penjajah. Moga Allah memberkati rakyat ini."-ehsan dari akh sokai
____________
Posted at 06:40 pm by nailofar
jundatullah
Friday, June 03, 2005
assalamualaikum..
selepas berbual panjang dengan along ainul hari tu...pinjamdari ukht ainul punya blog..sekitar Muktamar..
ehsan dr blog ukhti ainul..
Sekitar Muktamar (hari pertama)
Ikuti perasmian Dewan Pemuda PAS Pusat di WEB TV. selamat menyaksikan sejarah perasmian Dewan Pemuda PAS Pusat yang ke-46. Untuk sesi-sesi seterusnya sila ke http://www.terengganukini.net/ TAKBIR!! TAKBIR!! TAKBIR!!
+ Biarpun tak dapat hadirkan diri, dapat mengikuti melalui web TV pun dah syukur alhamdulillah. Setinggi-tinggi ucapan Terima kasih buat KREW-KREW web TV laman Tranung Kite Online.
+ Ikuti ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat di sini yang bertajuk Mendepani Cabaran
-----------------------------
terus terang ana katakan..dalam memahami waqie dakwah di malaysia kita kena memahami manhaj Islam yang sebenar yang kita bergerak dan berjuang bukan atas nama parti atau sebagainya tetapi atas nama Islam..tetapi kita perlu mengikuti marhalah-marhalah tarbiyah di mana sahaja..dan seperti yang As-Syiekh Mustafa Mayshur katakan dalam kitabnya "Thoriqud Dakwah " atau " Jalan Dakwah"
anatara tarbiyah dan politik perlu jelas...maknanya dalam berpolitik jangan sampai lupakan manhaj tarbiyah kerana tarbiyah itu paling penting dalam satu2 gerakan dakwah tak kira di mana saha..kerana kita ingin berjuang untuk Islam..menyeru pada Allah..dan kita memerlukan minyak..dan minyak itu adalah tarbiyah kita....tanpa minyak tak mungkin kita dapat bergerak...didalamkitab yang sama juga Mustafa Masyhur menegaskan jgn adasifat taasub pada satu2 gerakan dan mesti memahami wadah perjuang Islam yg sebenarnya..jangan terlalu menumpulkan perkara furuiah hingga lupa adaperkara yang utama...
akhiran..
inilah jalan dakwah kita..kita belajar,menuntut ilmu hanya kerana Allah...andai belajar tanpa amal tiada guna...
salam juang buat sahabat2 tercinta yang ana jumpa tadi...antum memang sentiasa di hati...
Posted at 09:37 pm by nailofar
jundatullah
Tuesday, May 24, 2005
Dear Sahabah,
saya sahabat nailofar,
dia mohon sampaikan kepada sahabat2 yang dia tak berkesempatan
mengemaskini web kesayangannya ni,
kenapa?
sebab, saudari nailofar berpindah rumah, jadi dalam keributan itu, ada masalah dengan availability personal computer. Jadi, diharap sahabat2 bersabar dan sekiranya mahu, sahabat2 boleh lah meninggalkan coretan sebagai tanda kasih dan jejak sahabat sekalian.
Segala coretan ana ini, tidak menggambarkan pendirian, sahsiah dan peribadi empunya blog..
'afwan.
- sahabat nailofar -
Posted at 01:35 am by nailofar
jundatullah
Tuesday, May 10, 2005
Mengapa,
Setelah yang dipohon diberi,
Engkau begini
Keluh resah
Ritip desah,
Dalam galau diri
Mengapa,
Setelah Tuhan memberi cintaNya,
Yang kau rayu sisip jernih mata,
Setelah cintaNya hangat mendakap
Setelah DIA titp kasih lazat,
DIA beri apa yang didamba
Di sisih cinta sahaya
Natijahnya cintaNYA Maha Hebat,
Kau keluh naqis cinta hamba,
Mengapa......??
Setelah
Wahai diri..
Selongkrilah rahsiaNya,
Akan rona maghfirahNya
Membakar hangat
Memendam asyik
Tiada tara persis cinta biasa
Lazatnya tiada bicara
Itulah rahsia fana
Ma'rifatullah
Setelah kau gapai
Durja cintaNya
Jua ma'rifahNya
Tiada lagi desah, kesah
Hanya
Ratib bicara Rindu denganNya
cintasyahid.
mahalllah nusaibah
Posted at 04:56 pm by nailofar
jundatullah
Friday, May 06, 2005
Pramugari, media, hiburan, Inul dan Tentang Dia...
Salamunalayik...
Ketika menziarah blog akhi anaqshsy dlm sebulan yg lepas, mata tertancap pada isu pakaian pramugari MAS yg hebat diperdebatkan. Teringat pula kelas dengan Syeikh Nurudin yg cerita juga pasal isu ni.. Syiekh kata.." berapa ramai pelajar2 kita bila nak naik plane malu nak pakai pakaian sunnah , malu kat pramugari..:)...kelaka juga statemnet Syeikh. Tapi memang betul pun..Membaca rentetan isu Pramugarai Mas ni memang menarik dan kadang tersirap juga darah ni menahan rasa pada kenyataan2 segelintir fahamahan atau NGO2 seperti yang disiarkan di Utusan. Isu pakaian pramugari ni telah dibangkitkan oleh Idris Haron (BN-Tangga Batu ). kemudian telah di sanggah oleh sahabat-sahaat seperjuanganya juga.. Untuk selanjutnya..
Memang 'menarik' melihat bagamana isu yang mudah ini dimanipulasikan dengan begitu hebat oleh pejuang-pejuang yang mengaku memperjuang kan hak asasi Malaysia. Seperti AWAM ( All Women Action's Society ) yang telah mebidas kenyataan mereka-mereka yang menyokong agar pramugari memakai pakaian yang sopan ketika bertugas agar selari dengan konsep ' Islam Hadhari ' yang meletakkan taqwa sebagai asas utama ( Taqwa..well...penin..penin...). Lihat..di sini..
Ana di sini tak mahu mengulas pro dan kontra kenyataan mereka yg jelas sudah asas permasalahan ini adalah kembali pada Allah dan Rasul seperi mana Allah s.w,t telah berfirman " DAn sekiranya kamu berselisih pendapat, maka kembalilah pada Allah dan RasulNya..." Al-ayah. Pakaian yang disyariatkan amat mudah, menutupi badan, tidak jarang dan ketat dan melepasi dada. Apabila membincangkan soal pramugari ni, nailofar teringat pengalaman menaiki kapalterbang seawal usia 8 tahun seoarng diri. Ana teringat lagi masa tu darjah dua naik plane sorang. Kakak2 pramugari tu jaga dengan baik sekali. Mereka memang baik hati dan mesra sekali. Tapi pasti terdetik rasa malu di hati mereka sebab seorang kanak-kanak berumur 8 tahun sudah memakai tudung. Ada juga satu lagi peristiwa menarik nai semasa pulang bercuti ke Malaysia pada tahun 2002 yg lepas. Masa tu nai pulang bercuti musim panas atau saifi di Mesir, Ceritanya begini. ana, dan dua orang sahabat ana duduk di dalam kapal terbang. Tiba-tiba kami di sapa oleh seorang pramugari yang cantik, manis, dan ramah mesra dengan kami. Kami bertiga pula se'geng'. Suka menegur org tak kira bagaimana, dan suka beramah-ramah dengan sekeliling. Perbualan kami berbunyi begini.
Ukhti A : Akak nama apa...?..dan bla..bla
Kakak Z : Akak nama kak Z...Akak suka lah tengok korang ni nampak baik jer..pakai tudung macam ni..
KAmi : Biasa je kak...
Kakak Z : I suka sebenarnya org pakai tudung macam ni. I dulu sekolah agama tau..
Kami : Wah! masing terperanjat..
Kakak Z : I ingat lagi cara nak potong tdung mcm ni. Kalau I pakai telekung I akan pakai tudung mcm ni. yelah kan telekung kan jarang, Tapi I memang nakal masa sekolah suka memberontak. Cikgu2 tak larat dgn I ni. I ingat lagi hafal2 Hadith dan Tafsir. Tapi bila I kerja dan kawin husbad I pun tak paksa I pakai tudung. dia suruh I kalau nak buat apa2 ikut kerelaan masing2. Ikhlas!
Kami: Terperanjat..tapi kami seronok sembang ngan dia..Sambil2tu kami bagilah sket tazkirah.
Kakak Z : I tahu benda ni salah dan berdosa, tapi nantilah satu hari nanti I akan pakai. Yerlah nikan kerjaya I. Orang kadang2 tak faham kenapa kami macam ni..kami buat ni sebab kerja..
Kami : Yerlah kak kan. Tapi pakai tudung ni kan wajb. dan bla..bla...kami sket2 try to..bring her back..
Kakak Z : I masa duk beli barang kat Hussien ada org lelaki cuba kacau I, i kata benda2 ni haram. Dont touch me! Berdosa pegang2 ni masuk neraka...I tak suka benda2 mcm ni. kena kacau dengan org lelaki..
dlm masa kakak Z ni sedang bercerita tiba2 ada pramugara dtg usik2 dia. Dia pun marah.. Wei! apa ni pegang2 ! ni.( kami....Astaghfirulah..Pramugra tu pun gelak2 je...Masyallah..apa nak jadi )
Kakak Z : I tahu benda2 ni berdosa..mana amalan2 yg membolehkan masuk neraka dn sebagainyal. U all perasan tak. Ada kakak yg tadi tu dia tu lagi kesian...( sambil tanganya menunjukkan pada seoarang paramugari.) Dia nak blaja takde duit " terpaksa " kerja pramugari. Dia belajar Usuluddin di Universiti xx.?
Kami; Astagfrullah!!!! Terkejut amat..kenapa jadi macam ni kak...
Kakak Z : Sebenarnya ramai pramugari yg macam tu. Ramai yg pakai tudunmg masa kat bawah(bukan masa flight ). Tapi terpaksa bukak tudung sebab nak buat kerja. Ramai yg takfaham dik. Kami buat ni sebab kerja. Terpaksa.
akhirnya setelah puas bersembang, kami bertukar no phone dengan kakak tu. Sambil memberi kata2 nasiihat yg terakhir kami saling bersalaman. Memang menyedihkan dan mengejutkan juga. Tapi di dunia akhr zaman ini tiada yg mustahil. Segalanya mungkin apabila asas iman dan taqwa tidak tertancap utuh di lubuk hati. Berkatalah Saidina Umar " Kita adalah satu kaum yang dimuliakan kerana Islam, maka sesiapa yang mencari selain Islam maka dia akan dihinakan kerana mecari selain Islam..Konklusinya mudah, kita mecari rezeki, memang kadang2 amat mencabar, tapi andai asas Aqidah tak kuat, keyakinan yg memberi rezeki adalah Allah, dan kita dilarang memcari rezeki dengan cara yg salah, maka akan terjadi perkara sebegini. Sebab itu, Dr. Yusuf Qardhawi mengatakan bahawa tidak yakin dengan rezeki yg pokoknya adalah dari Allah dn mengharap pd manusia maka boleh mebawa kepada kufur ni'mat atau bimbang menjurus kepada syirik. Nauzubillah..Moga Allah beri hidayah pd mereka.
Alkisahnya juga dua minggu lepas semasa menyambut sepupu-sepupu yg dirindui dari Uk dengan p.lang dan m.lang waktu lelah menunggu berehat sekejap di atas kerusi. mata terlihat juga pada paramugari2 ni. Ya Rabb! pakaian memang amat tidak patut sekali. Sedang pakaian pramugari salah satu negara Eropah yg ana pernah tgk pun takdelah sampai macm tu sekali. Yerlah mereka itu kuffar, walau tak menutup aurat, tetap memakai pakain yang sopan.
Moga usul di parlimen ini akan dikuatkuasakan. Alasan apejuang2 hak asasi wanita ini amat membimbangkan. Ana selaku wanita amat tak bersetuju sekali bilamana dikatakan pakaian bukanlah penyumbang kepada masalah sosial seperti bunuh, rogol, zina dan sebagainya. Ketika membuat assigmnet tentang masalah rogol ni dalam semester yg lepas lebih kurang tahuk begini " Mangsa rogol : Penelitian menurut persfektif Islam " atau " Rape victims in Islamic legal perspectivee " ana ada terbaca beberapa buka tentang masalah gangguan sexual ini. Di dalam salah satu buku " History of Rape " Kajian telah dibuat menunjukkan antara punca-punca berlakunya masalah rape ni adalah disebabkan pornography dan wanita yang berpakaian tidak sopan. Dan penulis buku ni mecadang kan agar wanita juga diberikan garis panduan bagaimana memakai baju yg sopan agar terhindar dari perkara-perkara sebegini. Dalam masa yang sama, lelaki juga harus diberikan pendidikan sewajarnya agar tidak terlibat dalam masalah sebegini. Tuntasnya, masing2 berperanan ; kita tak menyalahkan perempuan sahaja dan juga tak meletakkan kesalahan sepenuhnya pd lelaki. Wanita ; menjaga diri, pakaian dan mempelajari seni mempertahankan diri sambil memperkukuhkan diri denan iman. Lelaki; Diberi pendidikan spiritual ( tarbiyah rohaniah ), kesedaran dan pendedahan tentang amat bahayanya perilaku seperti ini.
Dan tuntasnya bahayanya masalah seperti ini adalah bagaimana menyedarkan masyarakat tentang keperluan kesedaran dan pendidikan rohani. Disamping kemasukan hiburan melampau ke Malaysia, inul, cerita "Tentang Dia"..bermanfaatkankah..ana ada baca tentang preview cerita tu..Rasanya tidaklah membantu masayarakat kita membina minda, malah akan meripuhkan lagi remaja-remaja kita di dalam emosi yg mendalam. Kacau diri mencari identiti..
Buat pejuang agama semua. Inilah masanya. kita gempur segala daya. alau berbeza wadah atau wasilah namun matlamat tetap sama. MArdhotillah!!
wallhu'lam.
" Bagai pipih terbang melayang, itulah ibarat Islam di pinggir zaman ini, dagang di bumi sendiri "
Posted at 12:45 pm by nailofar
jundatullah
Thursday, May 05, 2005
Assalamualaikum..
MasyAllah..Allahuakbar..rasanya sekian lama ana tak update..bukan masa yg singkat tapi agak lama juga..setelah kelas Syeikh Nuruddin yg lepas...usai pulang ke rumah ana tak update entri baru lagi..
sebabnya Pertama : rumah ana takde komputer..semua komputer dah diangkut ke tempat kerja umi ana..Alakullihal..di dalam detik waktu yg berlalu berbagai2 perkara telah berlaku...samada perkara itu pahit, manis, masin tawar dn sebaginya hakikatnya ianya tersembunyi sejuta hikmah yg merupakam tarbiyah dri Allah..melalauo Maulidur Rasul s.a.w juga isu2 semasa yang makin meruncing belum ditambah dengan segala macam hiburan yang terpapar di media2 masa..Kedatangan Inul- Gerudi dari Indonesia tambah memeningkan kepala masyarakat Islam HAdhari yang memang telah kusut..Tugas yang memahami, menerangkan pada yang kurang mehamai erti Islam yang sebenar..kita harus bekerja utk Allah..di akhir zaman ini sebenarnya kita terlalu lewat..sama-sama kita gempur kekuatan dakwah Islamiyah...( Alhamdulillah...program 3 hari baru ni benar2 bermanfaat..)..Melihat alam atau dunia tak perlulah dengan menjelalah ke serata alam. Tapi lihat lah. iktibar segaa dengan mata hati..:)
waillahiqo'
Posted at 07:57 pm by nailofar
jundatullah
Monday, April 18, 2005
JOM! hidupkan Sunnah Rasulullah s.a.w
Assalamualaikum...
selamat berjuang buat semua
Alhamdulillah ana telah selesai dan Allah bagi kesempatan yang amat hebat, dan menenangkan diri yang sesak dengan arus dunia..MasyAllah..hanya Allah yg tahu sebak di dada bila dapat menghadiri kelas Syeikh . Bertemu isteri dan anak-anaknya..dah besar dah anak2 Syeikh..buat masa ni..ana tak sempat lagi utk menceritakan panjang lebar tentang pengisian kelas Syeikh..Tapi berbahagialah hati-hati yang sentiasa terikat dengan majlis ilmu dan beramal dan cuba utk menyampaikan nya..
" Dan sampaikan daripadaku (Rasulullah s.a.w ) walaupun satu ayat."
Ana berkesempatan mengajak m.nadak ana dan beberapa sahabat..Tapi yg dapat pergi hanya k.sarah...We have a good time together di masjid as-syakirin klcc. Pertemuan dengan Syeikh merupakan salah satu nikmat yang amat disyukuri yg Allah bagi bilamana tokguru sendiri datang utk mengajar anak murid..Menjana balik hamasah dan tarbiyah dalaman juga iman yang makin tergugah dengan cabaran dunia..
BarakAllahulakum ya Syeikh wa usratih...
Hanya Allah dapat membalas jasa-jasa beliau..yg tidak pernah meminta bayaran juga upah..hanya istiqomah dengan ilmu, amalan juga menghidupkan Sunnah..
JOM! sama-sama kita menghidupkan Sunnah Rasulullah. saw utk mendapat kebahagiandi dunia dan akhirat dan bersama2 bertemu kekasih Allah itu di dalam jannahnya..amin..insyAllah...
Posted at 01:34 pm by nailofar
jundatullah
Wednesday, April 13, 2005
BismillahiMasyAllah..
Rasanya dah lama naiofar tak tulis somethin' light here..Tapi tadi semasa duk rewind balik post2 sebelum ni terjumpa satu post dari one of visistors- sister sangkar-ayu..Kesian pula dia sebab dia minta tolong camna dengan masalah dia. The problem is, sis tu bagi dalam post yg lama dulu so, ana tak perasan..ok..so ana nak wat announcment :D..kalau sis sangkar ayu dtg lg web ana ni boleylah contct ana via contactform kat bawah tu...then, nanti ana bagi email yer...insyallah
Lately, macam-macam yg dah berlaku, segalanya tersembunyi hikmah yg Maha Hebat, Segalanya kurniaNya juga..Kadang-kadang terpikir juga..betul ke apa yang berlaku ni..;p..i have meet a lot of great persons..dari tempat blaja, tempat program, alam blogging dan tempat kerja..Tapi dalam meniti segala alam2 ni..banyak ujian yg Allah beri..kadang-kadang..several moments I suppose, rasa lemah atau futur juga. Yerlah dalam kehidupan seorang pejuang memang akan terjadi benda ni..Tapi kemudia charge balik dengan bateri zikrullah dan amalan berjemaah juga kata2 sahabat yg memang banyak membantu. Thanks to all my dear sisters.You are my sun, moon and rainbow..cheh..:D
Lepas habis imtihan bulan lalu, then assigment..habis kerja balik rumah melihat baby humairah junior I called it..siapa yg bagi..my ummi..ana prefer nama lain tapi takpe..selepas
mesyurat..nama tu yg disepakati..mesyuarat tak formal gitu...melihat adik-adik dirumah rasa sejuk+ panas hati pun ada..;p..kadang-kadang ujian seorang kakak adlh..adik2. adik2 adalah ujian terbesar sebelum memiliki keluarga sendiri...memang ujian amat berat..baru-baru ni ada seoarang sister di office meminta tolong something, then ana pun bagilah dia doa2 sikit, juga amalan mathurat ana tekankan..bila balik rumah..waa!! sedihnya MasyAllah..begitulah seperti maksud firman Allah " Dan jauhikanlah kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka ."
sabar whai diri..seperti biasa..kita boleh membincangkan tentang dunia, politik, juga dakwah di luar tapi kita kena ingat bebarapa perkara yg As-Syahid Hassan Al-Banna tekankan..
1) Individu Muslim 2) Baitul muslim 3) Masyarakat Muslim 4) Daulah Islamiyah
segalanya perlu diselaras..kadang2 org selalu lupa yg no2..baitul muslim..kadang2 ramai yg ada usrah di luar tapi takde usrah keluarga..penting sebenarnya usrah keluarga ni..utk membentuk jil-jil islam atau generasi2 islam dari dalam keluarga sendir..
bila liht kerenah adik2 yg mencabar, rasa hanya Allah yg paling memahami, rasaya Allah bantulah aku..doa tak putus..bicang2 dengan umi, rasanya airmata bukan perkara luar biasa cuma try to kontrol..buat usrah keluarga..Alhamdulillah setelah lama juga tergendla sambung balik..thanks to umii..sikit ana tekankan soal hati..menjaga hati dan cuma menjaga solat berjemaah sebab semua tu asas dalam keluarga...ana cerita nipun supaya dapat beri kekuatan pada diri sendiri juga sahabat2 yg lain ..insyAllah..;)..Selalu ana tekan membaca al-Quran yg akan memberi cahaya di kubur nanti..tiada siapa dah..seperti kata ummi ana." kat kubur nanti bukan ada lampu..al-Quran kita lah lampu.."adik2 yg masih kecil yg masih lembut, segar hatinya..ana tekankan solat..walau kadang2 kerenah mereka mmg lucu..ada satu ketika tu adik umar 3tahun..melihat gambar masjid di sejadah.." masjid TSUNAMI.."..:D..ana mmang tak kering gusi dgn adik umar ni..maknanya adik2 kita masih kecil masih suci, tulus hatinya..Cuba bayangkan betapa mudahnya adik2 atau anak2 kita mengikuti iklan2 di tv kenal dengan artis2 sekarang..Mereka tk tahu benda tu baik atau tak..Just follow apa yg mrk dengar atau lihat..Sebab tu kita kena imbangkan apa yang mereka lihat dengan input tarbiyah rohaniyah...kalau ada kelapangan apa kata kita cuba baca Kitab terkenal " Tarbiyatul Aulad.."
kalau di pejabat pula sama2 kita menjaga hubungan sebaik2 nya dengan semua pihak walaupun mungkin berbeza fikrah dan pemahaman..kdg2 terkedu juga bila menghadapi sesuatu situasi yg tak tersangka akan dihadapi..tapi walau just sementara kerja di office mengjar kta sebenarnya ilmu sosial sambil belajar berdakwah bilhal--perbuatan atau bilqauwl--perkataan..susah sebenarnya mendepani mayarakat sebenarnya tambahan perempuan..ana akui banyak cabaran ujian , mehnah, tribulasi juga fitnah..pandai-pandailah mengimbangkan hubungan dgn manusia juga Allah dan prinisp yg Islam ajar juga ilmu sosial yang seperlunya..special thanks to sis jah for everything..*wink...u ar my -----?..:) myballon...:D
selain tu rancangan musim cuti juga bermacam2..hujung minggu ni shj i have to attend 3 walimah tapi dah jadi dua walimah..sis mar dan ukht pd sahabat baik ana..tapi pepun mabarak buat antuma..mga dikurniakan kebarakahan berpanjangan..BarakAllahulakuma waBarakAllahuAlaikum waJam'aBainakuma Bil-Khair..Juga tak lupa tahniah buat ummumujahid dan bro. aseell dia atas kelahiran seoarang mujahidah- Amaani Syaheeda ( what a sweet name ..;p)..hari tu ada juga ummuujahid ajak..jom jd babaysitter cuti ni..joking around..ana pun balas..no prob..but then, ana rasa tak sempat coz i have my mother to baby sit too..;p..but rancang nak ziarah ukht2 ana ni..nak bagi ubat akar2 kayu yg bagus utk org sedang pantang tapi tak tahu bila nak ziarah ukh2 ni termasuk ukht hafsah..dan ramai lagi..ingatan ada tapi...ntahlah..moga Allah bagi kelapangan...kalau tak dirumah di mana2 sahaja lepas ni insyallah..
then, dapat satu berita yg amat mengembirakan..Syeikh Nuruddin datang..!!..MasyAllah..syeikh Nuruddin memang ana kagumi..dan hromati..segala tindak tanduknya amat menekankan sunnah Rasulullah s.a.w..malah ana pernah cerita serba ringkas tentang syeikh ddalm post yg sebelum ni..Masa kat bumi anbiya' dulu ana memang mengkagumi, Malah rasa hati ini memang rindu sangat nak pergi talaqqi dengan beliau..ya Allah..tiba2 beliau datang sini..dulu selalu gak ziarah zaujah dia ,..ingatkan tak dapat menadah ilmu dengan beliau dah..suddenlly, Allah kirimkan beliau..begitulah kita menyintai Ulama' dan ilmuan2 Islam supaya sampai barakah mereka dalam hidup kita, meresapi budaya mencintai dan juga beramal dengan ilmu..bukan taasub tapi dengan menyintai ilmuan Islam insyallah akan dicinta Allah juga..Ingat satu perkata g Syeikh Nuruddin atau pensyarah Nuruddin amat jaga..adab2 belajar..masa belajar pantang bercakap, makan, bergerak2 banyak sangat. hatta ada sekali tu masa seisi diskusi kitab haid ana dapat duduk di bahagian hadapan juga, mmg tahanlah lenguh kaki..tapi andai itu kehendak guru kita ikut juga..moga2 barakahnya melimpahi hidup ini amin..seperti syeik kata dulu, Imam Ahmad tak silap ana masabelajar dulu nak buka kertas kitab pun pelan2 sbab takut menggangu gurunya..nikan pua kita..jangan ber'sms' dan berphone2 dhlah yer nanti..yet He is a humble dan a funny person..InsyAllah banyak manfaatnya pad yang pergi nanti..tapi rancangnya ghanya 17hb ni ana dapat pergi sebab 16 ada walimah, 17hb ni pun ada Ihtifal sekolah lama, tapi mybe tak gi sebab nak gi kelas syeikh insyallah..*overwhelming with happiness..ikhlaskan niat..
ermm.panjangnya catatan ana..just sampai sini dulu..buat pembaca2..syukran kathira...hanya Allah dapat membalasnya..
semoga hidup kita dilimpahi khauf(takut) dan raja'(pengharapan) yang tak putus pada Allah..mejaga iman amal dan taqwa..juga sentiasa mendokan buat semua sahabat2 kita..
waillaiqo'
Posted at 09:11 pm by nailofar
jundatullah
|
|

Emm..only a person that still search the true luv which is Allah's luv..only want to gain Allah's pleasure..eventough the path was so narrow
|
|